![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Berita HangatPelancaran Kelab Pidato Perdana Putrajaya Setelah menunggu sekian lama, warga Putrajaya dan kawasan-kawasan di sekitarnya begitu senorok kerana Kelab Pidato Perdana sudah tiba di tempat mereka. Perjumpaan pertama telah diadakan di Dewan Serbaguna Presint 8 pada 13hb. Disember sebagai persiapan awal menjelang Majlis Perasmian pada 20hb. Disember. Risalah-risalah juga diedarkan dalam tempoh 2 minggu menjelang 20hb. Disember di sekitar Putrajaya (diselitkan dalam akhbar-akhbar, diletakkan di stesyen minyak, pejabat, masjid/surau dll.) Inilah risalah yang diedarkan (sila klik untuk saiz besar): Pada 20hb. Disember, Majlis Perasmian diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 16 (tempat perjumpaan yang tetap). 26 ahli dan tetamu hadir iaitu melebihi jumlah kehadiran sewaktu pelancaran KPP Pusat Bandaraya (25 orang hadir)! Pengelola KPP Sandy Tan mempengerusikan majlis.
Majlis dimulakan dengan para ahli dan tetamu memperkenalkan diri kepada semua yang hadir. Seterusnya, Ketua Jurulatih Azmi Shahrin memberi penerangan ringkas berkenaan sejarah dan matlamat Kelab Pidato Perdana.
Selesainya penerangan Azmi Shahrin, En. Mohammad Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya dijemput berucap sepatah dua dan seterusnya merasmikan cawangan Kelab Pidato Perdana Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Mohd Azman Azmi, Pegawai Perhubungan Korporat KPP kerana menghulurkan jemputan kepada En. Mohammad.
Sempena Majlis Perasmian ini, sebuah pertandingan pidato telah dianjurkan bertemakan "Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Kebangsaan / Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Nusantara". Tema ini selari dengan matlamat am Kelab Pidato Perdana iaitu untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. 5 ahli mengambil bahagian:
Barisan hakim terdiri daripada Azmi Shahrin (Ketua Hakim), Mohd Nizam Harun dan Sezali Othman. Selepas keputusan diumumkan, para hakim juga memberi maklum balas terhadap persembahan para peserta. Sebelum majlis ditangguhkan, Sandy Tan memberi penerangan ringkas mengenai kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh KPP dan faedah-faedah menyertai kelab ini. Seterusnya, borang permohanan keahlian diedarkan. 4 tetamu mendaftarkan diri dan ada lagi yang bercadang untuk mendaftar pada pertemuan berikut. Pada pertemuan 13hb. Disember, 3 tetamu telah terdahulu mendaftar. Tambahan kepada itu, 8 ahli sedia ada telah dipindahkan ke cawangan Putrajaya ini. Demikianlah sebuah kisah kejayaan di hujung tahun 2011... semoga usaha ini akan berbuah sepenuhnya di tahun 2012.
Dilaporkan oleh Sandy Tan
Hasil usaha Idris Mohamad, Pegawai Perhubungan Awam KPP, TV AlHijrah telah berkunjung ke Kelab Pidato Perdana pada hari Rabu, 7hb. Disember 2011 bagi tujuan membuat rakaman untuk siaran. Kebetulan pada malam berkenaan, KPP Pusat Bandaraya mengadakan kegiatan latihan penarafan. Pihak TV AlHijrah telah membawa seorang peserta Rancangan Solehah untuk menyertai kegiatan ini. Katering Enak Rasa dengan murah hati telah menaja makan malam untuk 50 orang!
Idris sendiri menerajui majlis sebagai Pengacara Majlis. Ketua Jurulatih Azmi Shahrin turut hadir untuk menjayakan majlis.
Ahli-ahli krew rakaman pula sibuk dengan kerja-kerja rakaman. Rakaman dibuat dari pelbagai sudut.
Oleh kerana beberapa acara tambahan sudah disusun, hanya 6 ahlli dan tetamu mendapat peluang untuk berucap pada malam ini. Mereka adalah Shahabudeen, Dr. Habiba, Renny Johnnuin (peserta Solehah, berbaju hitam di bawah), Nazmi, Mohd Yusmi dan Mohd Azman. Renny menyampaikan ucapan bertajuk "Wanita Solehah Pemangkin Keutuhan Ummah". Setiap pemidato diberi tunjuk ajar yang agak panjang lebar oleh Ketua Jurulatih.
Ahli-ahli dan tetamu yang lain pula bersantai sambil menghiburkan diri. Seramai 23 ahli dan lebih kurang 15 tetamu hadir.
Akhir sekali, Pengelola KPP Sandy Tan menyampaikan ucapan penutup. Beliau menggayakan fesyen baru jubah "sporty" yang belum pernah ditemui oleh ahli-ahli lain.
Selepas semua selesai, ahli-ahli dan para tetamu pun berebut-rebut untuk bergambar.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir untuk memeriahkan majlis. Semoga nama Kelab Pidato Perdana semakin harum setelah rancangan ini disiarkan di dalam televisyen. Dilaporkan oleh Sandy Tan
Kelab Pidato Perdana Menyambut Ulang Tahun Kedua
Walaupun Kelab Pidato Perdana mula bergerak sebagai kelab bebas pada 3hb. April 2009, sambutan ulang tahun diadakan pada setiap bulan Mei (mulai sekarang) kerana bulan April merupakan bulan pentarafan. Maka pada tarikh bersejarah 13hb. Mei 2011, KPP telah menyambut ulang tahun yang kedua. Ahli-ahli lama pasti masih ingat bahawa pada ketika KPP menyambut ulang tahun pertama, wujud hanya sebuah kelab/cawangan sahaja. Penubuhan 3 kelab baru merupakan pencapaian utama KPP dalam tempoh satu tahun yang lepas ini. Sebuah pencapaian yang patut diraikan bersama! Sambutan bermula dengan makan malam yang istimewa.
Ahli-ahli digalakkan datang memakai baju kebangsaan. Hadiah akan diberikan kepada pemenang kategori lelaki dan wanita. Kebanyakan ahli telah hadir dengan busana yang disarankan walaupun mereka dimaklumkan hanya sehari sebelum majlis berlangsung.
Acara kemuncak malam ini ialah pertandingan pidato bertema bebas. 9 ahli telah mengambil bahagian.
Pemenang-pemenang adalah: Pemenang-pemenang pertandingan baju kebangsaan:
Kategori wanita pula dimenangi oleh isteri Arrias. Dalam sebuah ucapan yang singkat, Pengelola KPP Sandy Tan telah mengumumkan usaha-usaha yang akan diberi tumpuan untuk tempoh satu tahun yang seterusnya. Usaha yang pertama ialah mewar-warkan kursus pidato intensif untuk pelajar sekolah dan organisasi luar. Selaras dengan usaha ini, ahli KPPKL Anizah Ahmad telah dilantik sebagai Pengurus Kursus Pidato. Usaha yang kedua ialah memulakan usaha membantu ahli-ahli yang layak untuk menjadi penceramah.
Semoga Kelab Pidato Perdana terus berkembang! Dilaporkan oleh Sandy Tan
Akhirnya! Akhirnya Kelab Pidato Perdana tiba jua di tengah-tengah bandaraya. Setelah beroperasi sekian lama di pinggir KL di sebelah PJ, KPP sekarang berjaya memacakkan bendera di tengah-tengah kesibukan bandaraya sekali gus membuka luas pintu untuk warga KL menceburi bidang pidato. Tempat yang digunakan untuk perjumpaan kelab tidak lain tidak bukan Bangunan Getah Asli yang terletak berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas. Tempat yang strategik, ada pula LRT.
Apa yang dirancang, itulah yang termakbul. KPP semakin hebat dengan adanya ahli-ahli yang bersungguh-sungguh ingin menjayakan kelab ini.
25 ahli dan tetamu hadir pada perjumpaan pertama ini walaupun cuaca buruk. Setiap orang yang hadir telah menyampaikan ucapan pengenalan diri selama 5 minit sebagai kegiatan "memanaskan badan".
Seterusnya, Sandy Tan memberi penerangan ringkas mengenai kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh KPP kepada para tetamu yang hadir. Akhir sekali, mereka yang berminat (9 tetamu) telah mendaftarkan diri sebagai ahli. Ditambah dengan 4 ahli yang ingin berpindah ke cawangan ini (daripada kelab-kelab sedia ada), KPPPB bermula dengan 13 ahli tidak termasuk Sandy. Diharap jumlah keahlian dapat ditingkatkan lagi pada beberapa perjumpaan yang terdekat. Syabas dan tahniah, Kelab Pidato Perdana! Dilaporkan oleh Sandy Tan
Menjelang penubuhan KPP Pusat Bandaraya, Kelab Pidato Perdana telah mencetak serta mengedarkan 50,000 helai risalah bersaiz A5 (2 belah) di sekitar kawasan KLCC dan Ampang. Ini merupakan kempen pengiklanan paling besar yang pernah dijalankan oleh KPP setakat ini. Inilah risalah yang diedarkan (sila klik untuk saiz besar): Kaedah-kaedah pengedaran yang digunakan: 1. Dimasukkan ke dalam peti surat di kawasan perumahan: 21,000 helai Ahli-ahli KPP juga membantu mengedarkan risalah ini menerusi emel kepada kawan-kawan serta kenalan. Sambutan terhadap kempen ini (kadar kejayaan) adalah lebih kurang sama dengan sambutan terhadap kempen-kempen pengiklanan yang dijalankan sebelum ini. Ia berjaya menarik segelintir ahli baru selain menyebarkan nama KPP kepada orang awam. Perjuangan ini akan kami teruskan... Dilaporkan oleh Sandy Tan Keahlian Kelab Pidato Perdana Mencatat Rekod Baru Pada hujung tahun 2010, ahli-ahli Kelab Pidato Perdana telah mendapat berita gembira daripada Pengelola Sandy Tan bahawa jumlah keahlian KPP telah mencecah 50 orang buat kali pertama dalam sejarah kelab. Ini merupakan pertambahan bersih seramai 20 orang berbanding jumlah keahlian pada hujung tahun 2009. Keahlian KPP Kuala Lumpur dan KPP Lembah Klang adalah 20 orang setiap kelab, sementara keahlian KPP Petaling Jaya adalah 10 orang.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli dan penyokong KPP kerana telah bergabung tenaga untuk menjayakan kelab ini. Semoga KPP bertambah maju pada tahun 2011! Dilaporkan oleh Sandy Tan
Pagi-pagi lagi, Sandy Tan telah menerima SMS daripada Idris Mohamad bahawa beliau (Idris) menerima panggilan telefon daripada 2 orang yang telah mendapat maklumat mengenai Kelab Pidato Perdana daripada surat khabar. Sementara Sandy masih terpinga-pinga, masuk pula SMS daripada Mohd Nizam bahawa laporan KPP telah tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia. Hampir 2 bulan sejak kunjungan wartawan akhbar tersebut ke Menara Telekom pada 8hb. Oktober, laporan ini akhirnya telah disiarkan! Sandy serta-merta bergegas ke Shell untuk membeli senaskhah Utusan. Rupa-rupanya laporan ini disiarkan dalam sisipan "Mega" pada muka hadapan. Terdapat 2 halaman lagi yang dimuatkan dengan butir-butir mengenai KPP. Ahli-ahli yang tersiar gambarnya secara individu adalah Azmi Shahrin, Sandy Tan, Rashedi dan Selaine Lim. Mereka jugalah yang ditemuduga pada 8hb. Oktober. Selain itu, terpampang juga gambar bilik mesyuarat di mana wajah-wajah Mohd Nizam, Rohijas dan lain-lain dapat dikenal pasti. Sila klik gambar-gambar di bawah untuk membaca 3 halaman ini:
KPP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli KPP Shahabudeen Jalil yang telah mengatur sesi temuduga ini dan juga kepada wartawan Utusan Noor Fazrina Kamal yang menyumbangkan laporan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli yang hadir pada 8hb. Oktober. Dilaporkan oleh Sandy Tan
Pada petang 2hb. Oktober 2010, ahli-ahli Kelab Pidato Perdana telah dikejutkan dengan berita pemergian arwah Tuan Hj. Naburi Idin, Penolong Pengelola KPP, ke rahmatullah. Kejadian ini berlaku di stesyen minyak Shell Bandar Utama sewaktu arwah dalam perjalanan pulang dari rumah terbuka (sempena bulan raya) Mohd Nizam Harun di Banting. Arwah telah mengunjungi rumah terbuka ini dengan seorang lagi ahli KPP iaitu Kimmie Goh. Dilaporkan bahawa Kimmie telah memberhentikan kereta di Shell untuk membolehkan arwah ke tandas. Seterusnya, arwah telah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tandas dan telah meninggal dunia tanpa sedar kembali. Kesihatan arwah Haji tidak begitu baik sejak beberapa bulan sebelum ini. Ramai ahli telah mengunjungi jenazah arwah di Kota Damansara pada malam 2hb. dan pagi keesokannya. Dengan ini, KPP telah kehilangan seorang penyokong yang kuat. Gambar di bawah mungkin gambar terakhir yang ditangkap sewaktu arwah masih hidup (di sebelah kiri ialah Mohd Nizam):
Ahli-ahli KPP akan terus mengenang jasa arwah Tuan Hj. Naburi Idin sampai bila-bila.... Dilaporkan oleh Sandy Tan
Keahlian Kelab Pidato Perdana semakin meningkat, dan bil telefon Pengelola KPP Sandy Tan pun semakin meningkat (beliau mengirim banyak SMS kepada ahli-ahli). Bil untuk bulan Julai 2010 hampir mencecah RM 500. Keterlaluan!! Untuk mengatasi masalah ini, Sandy telah meminta pertolongan daripada ahli KPPKL Nor Faezah Hasan untuk mendapatkan nombor Hotlink Youth Club yang hanya boleh dipohon oleh mereka yang berusia di bawah 25 tahun. Kadar SMS untuk nombor ini amat rendah iaitu 1 sen Maxis ke Maxis, dan 6 sen ke lain-lain. Aha! Dengan menggunakan nombor ini untuk mengirim SMS, Sandy dijangka dapat menjimatkan sehingga RM 300 sebulan! Setelah Faezah berjaya mendapatkan nombor ini (pada hari yang sama beliau diminta iaitu 11hb. Ogos 2010), Sandy Tan terus bertemu dengan Faezah di KL Sentral. Memandangkan waktu berbuka sudah hampir, Sandy terus menjemput Faezah berbuka di Restoran Sudu di KL Hilton (buffet). Usah ditanya jumlah yang telah dibelanjakan, yang penting ialah penjimatan hebat yang bakal berlaku! (Sementara menunggu waktu berbuka, Sandy telah mengirim SMS kepada semua ahli mengatakan beliau dan Faezah akan makan di KL Hilton. 15 ahli telah membalas SMS ini untuk bertanyakan "sebab" atau memberi komen. Kalaulah ahli-ahli begitu rajin menjawab SMS apabila diminta memberi ucapan... tapi pasal makan semua berminat! Hmmph!) Pada keesokan harinya, Sandy telah membeli sebuah telefon bimbit baru bernilai RM 199 untuk nombor baru ini. Sandy berjanji untuk menggunakan nombor ini untuk kerja KPP sahaja. :) Sebenarnya, beberapa hari sebelum mendapatkan nombor Hotlink daripada Faezah, Sandy juga telah meminta ahli KPPLK Abdul Khalid untuk mendapatkan satu lagi nombor Hotlink Youth Club untuk tujuan membuat promosi KPP menerusi SMS. Nombor ini bakal digunakan oleh Penolong Pengelola Hj. Naburi Idin menerusi sebuah lagi telefon bimbit baru (yang didapati percuma oleh Sandy). Demi keadilan dan layanan saksama, Sandy patut juga membelanja Khalid di restoran mewah (sedang difikirkan)...
Sekalung penghargaan buat Faezah dan Khalid. Dengan penjimatan ini, diyakini Kelab Pidato Perdana akan terus berkembang. Hidup KPP!!
Dilaporkan oleh Sandy Tan |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||