Kelab Pidato Perdana - kelab belajar membuat ucapan
Kelab Pidato Perdana
Sejarah & Matlamat Kelab Pidato Perdana
Cawangan-cawangan Kelab Pidato Perdana
Cawangan-cawangan Kelab Pidato Perdana
Kegiatan Kelab Pidato Perdana
Tokoh-tokoh Kelab Pidato Perdana
Senarai Anugerah Kelab Pidato Perdana
Berita Hangat Kelab Pidato Perdana
Galeri Gambar Kelab Pidato Perdana
Galeri Video Kelab Pidato Perdana
Pautan Berkenaan Pidato
Hubungi Kelab Pidato Perdana
Kursus Pidato Intensif
Program Penceramah

Kegiatan

Setiap cawangan/kelab (ada 4 kelab setakat ini) mengadakan perjumpaan 2 kali sebulan dan menganjurkan kegiatan-kegiatan yang selaras dengan matlamat Kelab Pidato Perdana. Pada setiap kali perjumpaan, ahli-ahli diberi kesempatan untuk berucap dan berpidato di depan khalayak (ahli-ahli lain dan tetamu).

 

Kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab Pidato Perdana:

1. Latihan Kaedah Berpidato

Matlamat:
- Ahli-ahli mempelajari kaedah-kaedah berpidato yang asas
- Jurulatih Pidato mengasah bakat melatih pemidato

Tumpuan khas diberi kepada sesuatu kemahiran berpidato dalam sesebuah perjumpaan. Sebagai contoh, cara menggunakan gerakan tangan, membuat tatapan mata, memanfaatkan mimik muka, mempelbagaikan suara dll. Jurulatih Pidato yang bertugas akan memberi penerangan ringkas. Seterusnya, ahli-ahli menyampaikan ucapan. Jurulatih Pidato akan membantu para pemidato untuk memperbaiki cara penyampaian. (Jurulatih Pidato dilatih khas untuk melatih ahli-ahli.)

Ahli-ahli juga diberi buku panduan asas "Kemahiran Asasi Berpidato, Hak Asasi Anda" untuk mencatatkan dan mengikuti kemajuan masing-masing dalam mempelajari kaedah-kaedah berpidato.

2. Latihan Menyampaikan Ucapan Jenis Tertentu (Siri 28 Ucapan)

Matlamat:
Ahli-ahli belajar menyediakan dan menyampaikan ucapan-ucapan yang dikehendaki memenuhi syarat-syarat tertentu terutamanya dari segi kandungan, di samping menerapkan kaedah-kaedah berpidato secara am

Ahli-ahli diberi buku panduan lanjutan "Menjelajahi Dunia Pidato Dalam 28 Langkah" yang mengandungi 28 tugasan ucapan berlainan jenis (lihat senarai). Apabila kegiatan ini dijalankan, jenis ucapan yang akan diberi tumpuan akan ditetapkan terlebih dahulu. 5 atau 6 ahli akan menyampaikan ucapan. Ahli-ahli lain memberi penilaian secara lisan dan bertulis berdasarkan borang penilaian yang disediakan. Biasanya, setiap pemidato akan dinilai oleh seorang penilai sebelum "penilaian terbuka" diadakan (sesiapa boleh menambah). Rumusan tentang apa yang telah dipelajari akan diberi di akhir perjumpaan.

3. Pertandingan Pidato

Matlamat:
- Ahli-ahli diberi peluang menunjukkan bakat masing-masing
- Para hakim mendapat pengalaman menilai ucapan

Tema atau jenis pidato, masa yang diberi serta syarat-syarat pemarkahan akan ditetapkan dan barisan hakim dilantik. Para peserta mengambil bahagian.

4. Majlis Penarafan & Latihan Penarafan

Matlamat Sistem Penarafan:
- Membolehkan ahli-ahli untuk mengetahui tahap kemahiran masing-masing di samping mendapat pengiktirafan
- Mendorong ahli-ahli untuk mencapai tahap yang lebih tinggi
- Syarat-syarat penarafan juga "memaksa" ahli-ahli memberi perhatian kepada perkara-perkara yang mungkin diabaikan agar kemahiran mereka lebih seimbang

Dalam sesebuah Majlis Penarafan, calon-calon akan menyampaikan pidato dan ditaraf oleh Jawatankuasa Penarafan menurut peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan. Selepas mengumumkan keputusan, Jawatankuasa Penarafan memberi penilaian secara lisan kepada setiap calon. Majlis Penarafan diadakan sekali dalam 6 bulan di setiap kelab.

Selain Majlis Penarafan, Latihan Penarafan dijalankan untuk membantu ahli-ahli (bakal calon-calon) memenuhi syarat-syarat penarafan dan bersedia untuk Majlis Penarafan yang akan datang. Ahli-ahli akan dilatih oleh seorang Jurulatih Pidato. Latihan ini dijalankan 3 kali sebelum setiap Majlis Penarafan.

5. Bengkel

Matlamat:
Ahli-ahli mempelajari 2 kemahiran yang penting iaitu kemahiran mengacarakan majlis serta kemahiran menyampaikan penilaian ucapan

Bengkel pengacaraan majlis dan bengkel penilaian ucapan diadakan dari semasa ke semasa. Ahli-ahli diberi latihan sebagai persediaan untuk menjalankan tugas Pengacara Majlis atau penilai ucapan di dalam atau di luar KPP.

6. Acara Sampingan

Matlamat:
Menjamin kepelbagaian acara dan menambah minat ahli-ahli

Acara-acara yang boleh diadakan:
- Perbahasan
- Mendeklamasi sajak
- Berbalas pantun
- Drama
- Lain-lain


Selain berpidato, ahli-ahli juga berkesempatan memainkan peranan-peranan penting yang berikut:

1. Pengacara Majlis
2. Jurulatih Pidato
3. Penilai ucapan
4. Hakim Pertandingan
5. Ahli Jawatankuasa Penarafan
6. Peneraju projek tambahan

Dari semasa ke semasa, kegiatan sosial dianjurkan untuk mengeratkan lagi persabahatan di antara ahli-ahli.


Soalan-soalan Biasa Ditanya

Jadual Kegiatan Kelab Pidato Perdana