Kelab Pidato Perdana - kelab belajar membuat ucapan
Kelab Pidato Perdana Kuala Lumpur
Sejarah Kelab Pidato Perdana
Matlamat Kelab Pidato Perdana
Kegiatan Kelab Pidato Perdana
Jadi Ahli Kelab Pidato Perdana
Tubuh Kelab Baru di bawah Kelab Pidato Perdana
Senarai Anugerah Kelab Pidato Perdana
Berita Hangat Kelab Pidato Perdana
Galeri Gambar Kelab Pidato Perdana
Pandangan Ahli-ahli Kelab Pidato Perdana
Rencana oleh Ahli-ahli Kelab Pidato Perdana
Pautan Berkenaan Pidato
Hubungi Kami di Kelab Pidato Perdana

Laporan Perjumpaan-perjumpaan Lepas
(KPP Lembah Klang)

17hb. Ogos 2010
Pertandingan Pidato bertemakan "Merdeka" sempena perayaan Hari Kemerdekaan yang menjelang. 9 ahli mengambil bahagian! Sandy Tan telah mencuri hati para hakim dengan tajuk menarik "Merdeka daripada Kemerdekaan" sekaligus menggondol hadiah pertama. 3 pemenang seterusnya adalah Hj. Naburi Idin (Sebelum & Selepas Merdeka), Zulkifli Abdullah (Merdeka!) dan Rohayati Hasan (Merdekakah Kita?). Hakim-hakim adalah Abdul Razak, Selaine dan Rozana.

3hb. Ogos 2010
Kehadiran tidak begitu ramai pada malam ini. Kegiatan yang dijalankan ialah latihan pentarafan. 8 pemidato menyampaikan ucapan sambil dilatih oleh Sandy Tan and Ruddy. Seterusnya, pusingan kedua telah diadakan di mana setiap yang hadir menulis sebuah tajuk ucapan di atas secebis kertas untuk dicabut oleh seorang ahli yang lain. Pemidato terbaik untuk pusingan kedua ini ialah Zulkifli Abdullah dengan tajuk "Apakah maksud nama anda?" Majlis tamat hampir 11 malam.

20hb. Julai 2010
Walaupun hujan turun mencurah-curah, 14 ahli berjaya tiba di tempat perjumpaan. Kegiatan pada malam ini ialah penyampaian ucapan jualan. Shahril Idrus, Khalid, Ruddy, Kimmie, Shahabudeen dan Sandy menyampaikan ucapan. Yang paling menarik, Ruddy telah mempromosikan tidak lain dan tidak bukan Kelab Pidato Perdana! Setiap penyampai dinilai oleh seorang penilai. Hj. Naburi bertindak sebagai Perumus dengan memberi penilaian keseluruhan. Semua berpuas hati.

30hb. Jun 2010
Pada malam ini, kami menjalankan latihan kepelbagaian suara dengan memberi tumpuan khas kepada kelantangan suara. Jurulatih Ucapan Azmi Shahrin telah menyenaraikan 5 keadaan di mana seorang pemidato boleh mengambil kesempatan untuk menguatkan atau merendahkan suara. 8 pemidato memberi ucapan bertajuk "Jika saya Perdana Menteri Malaysia / Ketua Pegawai Eksekutif syarikat x / Presiden Persatuan / dsb., saya akan..." sambil dilatih oleh Jurulatih. Amat berkesan sekali.

16hb. Jun 2010
Pertandingan pidato bertemakan "Demam Bola"! 6 peserta telah mengambil bahagian. Azmi Shahrin mendapat tempat pertama dengan tajuk "Kalah Dalam Tangan". Zulkifli dan ahli baru Andy masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Pertandingan ini diadili oleh 6 hakim iaitu Khoshim, Shahrozaini, Shahril Ayob, Shahlan, Razak dan Nizam Hashim. Majlis bersurai lebih awal pada jam 10 malam agar ahli-ahli dapat pulang untuk mengikuti perlawanan bola Piala Dunia.

2hb. Jun 2010
Suatu malam yang mencabar. Kegiatan yang sudah dirancang ialah latihan pentarafan. 7 pemidato telah disusun tetapi 3 pemidato tidak dapat hadir pada saat-saat terakhir. Tambahan pula, Jurulatih Ucapan Azmi Shahrin mengalami keracunan makanan dan terpaksa menarik diri. Namun begitu, Sandy Tan telah berjaya mengawal keadaan dan juga melatih 4 pemidato yang ada. Berita baik untuk malam ini ialah kemasukan 3 ahli baru ke kelab yang masih baru ini!

19hb. Mei 2010
Acara penyampaian cerita rakyat. Walaupun sehari sebelum perjumpaan ini kami masih kekurangan pemidato, namun kami berjaya memujuk beberapa ahli untuk menyampaikan ucapan walaupun kurang bersedia. 5 ahli memberanikan diri untuk menyampaikan sebuah cerita rakyat. Cerita yang dibawa oleh Azmi Shahrin bertajuk "Teh Misai Kucing" telah diundi sebagai ucapan terbaik. Pengalaman malam ini membuktikan bahawa ahli-ahli sebenarnya berkebolehan berucap... sekalipun tanpa persediaan!

5hb. Mei 2010
Kehadiran pada malam ini amat memuaskan berbanding perjumpaan pertama. Kesemua 17 kerusi di keliling meja besar berjaya dipenuhi! Namun begitu, setiap hadirin masih berkesempatan berucap sehingga 3 kali. Tumpuan untuk malam ini pada asalnya ialah menghindari penongkat ucapan. Mungkin kerana Jurulatih Ucapan Azmi Shahrin tampak begitu tegas, tiada seorang pun pemidato yang berani menonjolkan masalah ini. Oleh itu, tumpuan dialih kepada kepelbagaian suara dalam pusingan ucapan yang terakhir.

21hb. April 2010
Satu permulaan baru untuk Kelab Pidato Perdana dengan penubuhan kelab baru ini. Para hadirin cukup bersemangat walaupun keahlian dan kehadiran masih "rendah". Setelah menyampaikan ucapan pertama untuk memperkenalkan diri, ahli-ahli mengambil giliran memberi penerangan untuk 16 kemahiran asas berpidato berdasarkan buku panduan. Semua ahli berasa teruja untuk memulakan atau meneruskan perjuangan menjadi pemidato hebat! Di akhir perjumpaan, semua yang hadir bersetuju untuk menamakan kelab baru ini Kelab Pidato Perdana Lembah Klang.