Kelab Pidato Perdana - kelab belajar membuat ucapan
Kelab Pidato Perdana
Sejarah & Matlamat Kelab Pidato Perdana
Cawangan-cawangan Kelab Pidato Perdana
Cawangan-cawangan Kelab Pidato Perdana
Kegiatan Kelab Pidato Perdana
Tokoh-tokoh Kelab Pidato Perdana
Senarai Anugerah Kelab Pidato Perdana
Berita Hangat Kelab Pidato Perdana
Galeri Gambar Kelab Pidato Perdana
Galeri Video Kelab Pidato Perdana
Pautan Berkenaan Pidato
Hubungi Kelab Pidato Perdana
Kursus Pidato Intensif
Program Penceramah

Kursus Pidato Intensif
di bawah Litar Pidato Pertama

Kursus Pidato Intensif merupakan sebuah usaha di bawah Litar Pidato Pertama yang bertujuan membantu ahli-ahli Kelab Pidato Perdana yang layak untuk menyerlahkan diri dalam bidang pidato di luar konteks kelab. Ia menyediakan peluang kepada mereka untuk melatih orang ramai dalam ilmu berpidato.

Dari sudut yang lain, ia membuka peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan menyertai Kelab Pidato Perdana untuk belajar kaedah-kaedah pengucapan awam.

Kursus asas yang ditawarkan buat masa ini ialah Kursus Pidato 8 + 8 (2 hari). Kursus ini adalah berdasarkan Rumus 8 + 8 yang diajar di Kelab Pidato Perdana. Hari pertama menyentuh 8 kemahiran pada tahap 1 manakala hari kedua menyentuh 8 kemahiran pada tahap 2.

Kursus ini terbuka kepada awam dan boleh juga dikendalikan sebagai kursus dalaman (in-house).


 


Kursus Awam

Terbuka kepada pelajar sekolah menengah sahaja (umur 13-17 tahun). Dewasa sila menyertai Kelab Pidato Perdana sebagai ahli untuk latihan jangka panjang kerana cara ini adalah lebih berkesan. (Dewasa yang ingin menghadiri kursus intensif boleh menghubungi ProSkills Trainers.)

Kursus Pidato 8 + 8 yang terdekat...

   Tarikh
   9 pagi hingga 5 petang
   Tempat
   Yuran: RM 560 (merangkumi buku kerja & makan minum)

Dihadkan kepada 10 peserta.

Sila hubungi Pn. Anizah Ahmad, Pengelola Kursus Pidato Intensif @ 010-5454815 / anizah@kursuspidato.net untuk mendaftar.


Kursus Dalaman (in-house)

Terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat. Bayaran boleh dirunding. Kursus 2 hari ini juga boleh dimuatkan dalam masa sehari terutamanya untuk sekolah. Walau bagaimanapun, keberkesanan yang penuh hanya dapat dicapai jika kursus ini diadakan selama 2 hari.

Sila hubungi Pn. Anizah Ahmad, Pengelola Kursus Pidato Intensif @ 010-5454815 / anizah@kursuspidato.net untuk maklumat lanjut.