![]() |
|||||||||||||||
|
MatlamatTujuan dan matlamat Kelab Pidato Perdana secara umum ialah untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Tujuan dan matlamat Kelab Pidato Perdana secara khusus ialah untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya ahli-ahli untuk mempertingkatkan kemahiran bertutur dan berpidato dalam Bahasa Malaysia. Kami percaya bahawa Bahasa Malaysia mampu menyatukan rakyat Malaysia dan membawa kita meniti kejayaan di alaf baru. Kami berpegang bahawa Bahasa Malaysia, seperti juga bahasa-bahasa lain, mempunyai nilai kesenian yang begitu tinggi sehingga ia patut dipertahan daripada ditelan arus kemodenan dan globalisasi. Kami yakin Bahasa Malaysia boleh diperkasa sehingga ia menjadi bahasa pilihan segenap rakyat Malaysia. Kelab Pidato Perdana ialah kelab untuk semua rakyat Malaysia. Ahli-ahli kami terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain yang memiliki taraf penguasaan Bahasa Malaysia yang berbeza. Kelab Pidato Perdana sesuai untuk mereka yang biasa berbahasa Malaysia dan ingin mempelajari kaedah menyampaikan ucapan yang lebih berkesan. Kelab Pidato Perdana juga sesuai untuk mereka yang kurang fasih dalam Bahasa Malaysia dan ingin memperbaiki pertuturan dalam bahasa ini. Sesiapa yang memiliki asas dalam Bahasa Malaysia boleh mendapat manfaat daripada kelab ini. Keahlian terbuka kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas. Logo Kelab Pidato Perdana
Logo menunjukkan pemidato, 3 gelombang suara dan huruf-huruf KPP (selain nama kelab dan cogan kata). Warna biru, merah, kuning dan putih (warna bendera Malaysia) melambangkan Bahasa Malaysia. Bingkai yang melingkungi kandungan logo melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam menggunakan bahasa kebangsaan. Logo ini juga boleh diringkaskan dengan mengabaikan bingkai, nama kelab dan cogan kata. |
||||||||||||||