Laman utama Kelab Pidato Perdana
Matlamat & sejarah Kelab Pidato Perdana
Libatkan diri dalam Kelab Pidato Perdana
Senarai 20 cawangan Kelab Pidato Perdana
Kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab Pidato Perdana
Tokoh-tokoh Kelab Pidato Perdana
Anugerah yang diberikan oleh Kelab Pidato Perdana
Berita terkini Kelab Pidato Perdana
Gambar & video kegiatan Kelab Pidato Perdana
Bukti keberkesanan program Kelab Pidato Perdana
Hubungi Kelab Pidato Perdana

Mengenai Kelab Pidato Perdana


Matlamat Kelab Pidato Perdana

Kelab Pidato Perdana (KPP) ialah sebuah kelab pengucapan awam yang menggunakan bahasa Melayu. Cogan kata KPP ialah "Lestarikan Bahasa, Senikan Bicara". Cogan kata ini menggantikan cogan kata lama iaitu "Kami Memartabatkan Bahasa Malaysia" sejak Mei 2016.

Visi KPP (matlamat am) ialah membantu rakyat Malaysia dan warga Nusantara untuk mempertingkat kemahiran menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu. Misi KPP (matlamat khusus) yang utama ialah menubuhkan cawangan-cawangan di mana orang awam boleh menyertai dan menjalankan latihan. KPP juga menganjurkan kursus-kursus jangka pendek untuk manfaat awam dan organisasi. Sila rujuk www.pengucapanawam.my untuk maklumat lanjut.

Kelab Pidato Perdana dapat membantu 2 golongan orang. Golongan pertama terdiri daripada mereka yang biasa menggunakan bahasa Melayu tetapi ingin mempelajari kaedah pengucapan awam yang berkesan, di samping memperkemas penggunaan bahasa Melayu. Golongan kedua terdiri daripada mereka yang kurang fasih berbahasa Melayu dan ingin memperbaiki pertuturan dalam bahasa Melayu. (KPP bukannya tempat untuk belajar bahasa Melayu dari peringkat asas.)

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dan juga bahasa Nusantara. Kami percaya bahasa Melayu tetap mempunyai nilai yang tinggi dan tersendiri di zaman globalisasi ini. Kami juga yakin bahasa Melayu boleh diperkasa sehingga ia menjadi bahasa pilihan segenap warga Nusantara dalam segala urusan.

Sertai Perjuangan


Logo Kelab Pidato Perdana

Logo Kelab Pidato Perdana

Logo ini menunjukkan pemidato, 3 gelombang suara dan huruf-huruf KPP. Warna biru, merah, kuning dan (latar) putih (warna bendera Malaysia) melambangkan Bahasa Malaysia ataupun lebih amnya bahasa Melayu.

Sertai Perjuangan


Sejarah Kelab Pidato Perdana

Yang berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam sejarah Kelab Pidato Perdana:

31 Mac 2004-19 Februari 2009 Zaman pra-sejarah:
Kelab Pidato Perdana bergerak sebagai Kelab Pidato Perdana Toastmasters Club
20 Februari 2009 Mesyuarat Agung Khas diadakan di mana ahli-ahli membuat keputusan untuk bergerak sebagai kumpulan yang bebas bagi menjalankan kegiatan-kegiatan yang selaras dengan keperluan dan kehendak ahli-ahli
29 Mac 2009 Litar Pidato Pertama (SA0119001-W) didaftarkan sebagai sebuah perniagaan bagi menaungi Kelab Pidato Perdana
3 April 2009 Perjumpaan pertama Kelab Pidato Perdana versi 2.0 di Menara Telekom Malaysia, Bangsar, Kuala Lumpur (cawangan pertama KPP Kuala Lumpur)
21 April 2010 Cawangan kedua KPP Lembah Klang ditubuhkan
13 November 2010 KPP Petaling Jaya ditubuhkan
27 April 2011 KPP Pusat Bandaraya ditubuhkan
13 Disember 2011 KPP Putrajaya ditubuhkan untuk menggantikan KPP Lembah Klang
13 Disember 2012 Persatuan Penggiat Pidato (PPM-035-10-13122012) didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia bagi menaungi Kelab Pidato Perdana
7 Januari 2013 KPP Shah Alam ditubuhkan
17 Mei 2013 Sambutan Ulang Tahun KPP Ke-4
Acara kemuncak: Pertandingan Pidato 5 Cawangan
28 Oktober 2013 KPP Johor Bahru ditubuhkan
31 Oktober 2013 KPP Pulau Pinang ditubuhkan
15 Disember 2013 Pejabat dan pusat latihan KPP dibuka di Sunway Mentari, Petaling Jaya
7 Januari 2014 KPP Melaka ditubuhkan
10-12 Mei 2014 Sambutan Ulang Tahun KPP Ke-5 @ Port Dickson
5 November 2014 KPP Seremban ditubuhkan
7 November 2014 KPP Ipoh ditubuhkan
23 Mei 2015 Sambutan Ulang Tahun KPP Ke-6
Acara kemuncak: Pertandingan Pidato 10 Cawangan
2 September 2015 KPP Kuala Terengganu ditubuhkan
3 September 2015 KPP Kuantan ditubuhkan
10 September 2015 KPP Kajang ditubuhkan untuk menggantikan KPP Petaling Jaya
16 Oktober 2015 KPP Batu Pahat ditubuhkan
2 November 2015 KPP Taiping ditubuhkan
1 Mac 2016 KPP Kota Bharu ditubuhkan
4 Mac 2016 KPP Dungun ditubuhkan
8 Mac 2016 KPP Teluk Intan ditubuhkan
21 Mei 2016 Sambutan Ulang Tahun KPP Ke-7 @ Sani Hotel, KL
5 September 2016 KPP Temerloh ditubuhkan
7 September 2016 KPP Alor Setar ditubuhkan
20 Oktober 2016 KPP Singapura ditubuhkan (cawangan ke-20)
17 Januari 2017 KPP Sg. Petani ditubuhkan untuk menggantikan KPP Ipoh
11 Februari 2017 Nama pertubuhan ditukar secara rasmi kepada Kelab Pidato Perdana, menggantikan Persatuan Penggiat Pidato

Sertai Perjuangan