Kelab Pidato Perdana - kelab belajar membuat ucapan
Kelab Pidato Perdana
Sejarah & Matlamat Kelab Pidato Perdana
Cawangan-cawangan Kelab Pidato Perdana
Cawangan-cawangan Kelab Pidato Perdana
Kegiatan Kelab Pidato Perdana
Tokoh-tokoh Kelab Pidato Perdana
Senarai Anugerah Kelab Pidato Perdana
Berita Hangat Kelab Pidato Perdana
Galeri Gambar Kelab Pidato Perdana
Galeri Video Kelab Pidato Perdana
Pautan Berkenaan Pidato
Hubungi Kelab Pidato Perdana
Kursus Pidato Intensif
Program Penceramah

Sejarah & Matlamat

Sejarah Kelab Pidato Perdana

Kelab Pidato Perdana, sebagaimana yang dicadangkan oleh namanya, ialah sebuah kelab pengucapan awam yang menggunakan Bahasa Malaysia. Kelab ini masih dalam proses pembentukan dan pemantapan.

Kelab Pidato Perdana mula-mula ditubuhkan pada 31hb. Mac 2004. Dalam masa 5 tahun yang pertama, KPP telah bergerak sebagai kelab Toastmasters.

Pada 3hb. April 2009, KPP telah membuka lembaran baru sebagai kelab bebas demi menjalankan kegiatan-kegiatan yang lebih sesuai dengan keperluan dan kehendak ahli-ahli.

Pada masa ini KPP dinaungi oleh Litar Pidato Pertama (SA0119001-W) yang telah didaftar sebagai sebuah perniagaan walaupun ianya bukan untuk keuntungan.

Pada tahun pertama KPP Versi 2.0 ini, rangka kegiatan yang baru telah dilaksanakan dan dimantapkan. Pada tahun kedua mulai April 2010, KPP telah memberi tumpuan kepada penubuhan kelab-kelab (cawangan-cawangan) baru. Kelab kedua (KPP Lembah Klang) ditubuhkan pada April 2010, kelab ketiga (KPP Petaling Jaya) ditubuhkan pada November 2010 dan kelab keempat (KPP Pusat Bandaraya) ditubuhkan pada April 2011. Mulai Disember 2011, KPP Lembah Klang telah digantikan dengan KPP Putrajaya (juga bertemu pada hari Selasa). Kami akan berusaha untuk menubuhkan lebih banyak lagi kelab pada masa akan datang. Sementara itu, kami telah memulakan kelab terbuka untuk mereka di luar kawasan Kuala Lumpur.

Pada masa ini, kami sedang berusaha untuk memantapkan Kursus Pidato Intensif dan Pentas Ceramah, iaitu 2 lagi usaha di bawah Litar Pidato Pertama.

Apakah perjuangan ini mampu diperkasakan lagi? Sama-sama kita usahakan dan saksikan perkembangan seterusnya!


 


Matlamat Kelab Pidato Perdana

Cogan kata Kelab Pidato Perdana ialah "Kami Martabatkan Bahasa Malaysia". Cogan kata ini mengungkapkan matlamat KPP yang umum iaitu memartabatkan bahasa kebangsaan. Matlamat KPP yang khusus ialah untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya ahli-ahli mempertingkatkan kemahiran menyampaikan ucapan dalam Bahasa Malaysia. Pengucapan awam merupakan antara cara yang paling baik yang akan menyumbang kepada pencapaian matlamat KPP yang umum.

Kelab Pidato Perdana dapat membantu 2 golongan. Golongan pertama terdiri daripada mereka yang biasa menggunakan bahasa Melayu tetapi ingin mempelajari kaedah pengucapan awam yang lebih berkesan, di samping memperkemas penggunaan bahasa Melayu ini. Golongan kedua terdiri daripada mereka yang kurang fasih berbahasa Melayu dan ingin memperbaiki pertuturan dalam bahasa ini. (KPP bukannya tempat untuk belajar Bahasa Malaysia dari peringkat asas.) Keahlian terbuka kepada semua yang berusia 18 tahun ke atas.

Mengapa kita perlu memartabatkan Bahasa Malaysia? Ini adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Kami percaya bahawa Bahasa Malaysia tetap mempunyai nilai yang tinggi dan tersendiri di zaman globalisasi ini. Kami juga yakin Bahasa Malaysia boleh diperkasa sehingga ia menjadi bahasa pilihan segenap rakyat Malaysia. Satu Malaysia!


Logo Kelab Pidato Perdana

Kelab Pidato Perdana

Logo ini menunjukkan pemidato, 3 gelombang suara dan huruf-huruf KPP. Warna biru, merah, kuning dan (latar) putih (warna bendera Malaysia) melambangkan Bahasa Malaysia.


Warga Asing Berucap Dalam Bahasa Melayu

Jika warga asing sanggup belajar untuk bertutur BM dengan baik, apalagi kita rakyat Malaysia?

Olga Vasilevskaya (Rusia)
Tetamu di KPP Lembah Klang
14 Dis 2010
Craig Soderberg (Amerika)
Tetamu di KPP Petaling Jaya
2 Apr 2011