Laman utama Kelab Pidato Perdana
Matlamat & sejarah Kelab Pidato Perdana
Libatkan diri dalam Kelab Pidato Perdana
Senarai 20 cawangan Kelab Pidato Perdana
Kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab Pidato Perdana
Tokoh-tokoh Kelab Pidato Perdana
Anugerah yang diberikan oleh Kelab Pidato Perdana
Berita terkini Kelab Pidato Perdana
Gambar & video kegiatan Kelab Pidato Perdana
Bukti keberkesanan program Kelab Pidato Perdana
Hubungi Kelab Pidato Perdana

Sertai Perjuangan


Terima kasih kerana memilih untuk menyertai perjuangan Kelab Pidato Perdana.

Tuan/Puan boleh mengambil langkah-langkah berikut (satu atau lebih):

1. Menyertai Kelab Pidato Perdana sebagai ahli bersekutu (Associate Member)
2. Mendaftar untuk hadir kelas
3. Membeli bahan
4. Memberi sumbangan
5. Hadir kursus jangka pendek


1. Menyertai Kelab Pidato Perdana sebagai Ahli Bersekutu (Associate Member)

Keahlian Kelab Pidato Perdana terbuka kepada semua yang berusia 18 tahun ke atas.

Yuran keahlian:
Yuran masuk RM 20
Yuran 6 bulan RM 50

Faedah:
- Menerima newsletter Kelab Pidato Perdana (dwi bulanan)
- Menyertai kumpulan Whatsapp untuk perkongsian ilmu
- Mendapat diskaun untuk kursus dan majlis yang dianjurkan

Cara untuk mendaftar:
- Masukkan wang ke dalam akaun Maybank 512231360004 Kelab Pidato Perdana. Simpan bukti pembayaran.
- Hantar emel kepada pengelola@pidatoperdana.com - beri nama penuh dan no. telefon bimbit (yang ada Whatsapp) serta lampirkan bukti pembayaran. Anda akan menerima pengesahan daripada kami.


2. Mendaftar untuk hadir kelas

Yuran hadir kelas:
Yuran masuk RM 20
Yuran 6 bulan RM 280
(RM 180 untuk pelajar sepenuh masa atau pesara /
RM 100 untuk ahli keluarga terdekat kepada peserta yang sudah mendaftar)

* Yuran untuk cawangan Singapura ialah S$20 + 250/160/100

** Yuran hadir kelas merangkumi yuran keahlian dalam no. 1 bererti semua yang mendaftar untuk hadir kelas secara automatik menjadi Ahli Bersekutu KPP. Umur minimum untuk menyertai kelas ialah 18 tahun.

Faedah:
- Hadir kelas 2 kali sebulan di cawangan pilihan (senarai cawangan)
- Hadir kelas di SEMUA cawangan jika ada masa dan tenaga :)
- Faedah-faedah keahlian dalam no. 1

Cara untuk mendaftar:
- Anda digalakkan untuk hadir satu kelas preview terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkan borang pendaftaran dan membuat bayaran di dalam kelas.

Dapatkan 1 Kelas Preview Percuma
Hubungi Cik Sandy 012-3508844


3. Membeli bahan

Anda boleh membeli e-book daripada kami:

Kemahiran Asasi Berpidato, Hak Asasi Anda (55 halaman)
Buku ini merupakan buku panduan asas KPP
Versi cetak: RM 16
Versi e-book: RM 10

Sila klik pada gambar untuk saiz besar


Menjelajahi Dunia Pidato Dalam 28 Langkah (121 halaman)
Buku ini merupakan buku panduan lanjutan KPP
Versi cetak: RM 28
Versi e-book: RM 20

Sila klik pada gambar untuk saiz besar

Cara untuk membeli:
- Masukkan wang ke dalam akaun Maybank 512231360004 Kelab Pidato Perdana. Simpan bukti pembayaran.
- Hantar emel kepada pengelola@pidatoperdana.com - nyatakan buku mana yang dikehendaki serta lampirkan bukti pembayaran. E-book akan diemel kepada anda.

* Secara kebiasaan, kami tidak menjual versi cetak


4. Memberi sumbangan

Kelab Pidato Perdana sebagai sebuah pertubuhan dan NGO dibenarkan untuk menerima sumbangan wang dll. daripada orang awam dan juga organisasi. Sumbangan wang boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank 512231360004 Kelab Pidato Perdana.

Sila maklumkan kami sebelum/setelah membuat sumbangan. Anda akan diberi resit dan sumbangan anda akan diisytiharkan di dalam Penyata Kewangan Tahunan. Sekalung penghargaan kepada semua yang sudi memberi sumbangan. :)


5. Hadir kursus jangka pendek

Sila layari www.pengucapanawam.my untuk maklumat lanjut.