Soalan-soalan Biasa Ditanya
Jawapan: Kelas adalah untuk jangka pendek. Kelab adalah untuk jangka panjang. Secara ideal, para pemidato memerlukan wadah latihan jangka panjang untuk memantapkan dan meningkatkan kemahiran sedia ada. Program jangka panjang melibatkan ulangan kegiatan yang sama dari semasa ke semasa, maka urutan menjadi kurang penting. Yang penting, ahli-ahli baru digalakkan membaca buku panduan asas sebelum bermula.
Jawapan: Ini ialah untuk membolehkan ahli-ahli yang berpengalaman untuk membimbing ahli-ahli baru. Ahli-ahli tertentu juga dilantik sebagai jurulatih pidato dan diberi tugas mengajar dan melatih ahli-ahli. Cara ini dapat menjimat kos mengambil tenaga pengajar dari luar. Yuran KPP hanya untuk membiayai sewa, bahan dan makanan. Semua tenaga pekerja dan pengajar disumbang atas dasar sukarela.
Jawapan: Walaupun program KPP dirangka untuk jangka panjang, seseorang ahli boleh mendapat manfaat yang munasabah dalam tempoh 6 bulan jika beliau mengambil bahagian secara kerap dalam tempoh masa ini. Ahli-ahli yang meneruskan keahlian melebihi 6 bulan akan mendapat manfaat yang lebih besar lagi. |