Kelab Pidato Perdana - kelab belajar membuat ucapan
Kelab Pidato Perdana Kuala Lumpur
Sejarah Kelab Pidato Perdana
Matlamat Kelab Pidato Perdana
Kegiatan Kelab Pidato Perdana
Jadi Ahli Kelab Pidato Perdana
Tubuh Kelab Baru di bawah Kelab Pidato Perdana
Senarai Anugerah Kelab Pidato Perdana
Berita Hangat Kelab Pidato Perdana
Galeri Gambar Kelab Pidato Perdana
Pandangan Ahli-ahli Kelab Pidato Perdana
Rencana oleh Ahli-ahli Kelab Pidato Perdana
Pautan Berkenaan Pidato
Hubungi Kami di Kelab Pidato Perdana

Tubuh Kelab Baru

Selaras dengan matlamat Kelab Pidato Perdana untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan membantu rakyat Malaysia mempertingkatkan kemahiran bertutur dan berpidato dalam Bahasa Malaysia, kami amat menggalakkan penubuhan kelab-kelab pidato terutamanya kelab-kelab yang bergabung dengan KPP.

Individu-individu yang berasa terpanggil untuk menyertai perjuangan kami boleh menubuhkan kelab baru.

Syarat-syarat untuk sebuah kelab bergabung dengan KPP:
1. Kelab ini dikehendaki mengambil nama dalam bentuk "Kelab Pidato Perdana _______".
2. Kelab ini dikehendaki mengikut rangka kegiatan Kelab Pidato Perdana dengan pindaan kecil dibenarkan.
3. Kelab ini dikehendaki membayar yuran penggabungan.

Faedah-faedah Penggabungan

Semua kelab akan menerima faedah-faedah berikut:
•  Logo KPP dengan nama kelab (untuk dipamerkan pada setiap perjumpaan)
•  Bahan-bahan
•  Nasihat sepanjang masa termasuk cadangan kegiatan
•  Jurulatih Ucapan - setiap 6 bulan, pihak kelab boleh menghantar seorang ahli kepada kami untuk dilatih sebagai Jurulatih Ucapan untuk melatih ahli-ahli lain
•  Pentarafan - kami akan menilai dan menarafkan ahli-ahli kelab dengan kerjasama pihak kelab
•  Promosi secara bergabung menerusi laman sesawang KPP dll.
•  Kegiatan antara kelab

Kelab-kelab dalam lingkungan Lembah Klang akan menerima:
•  3 kunjungan setiap 6 bulan daripada kelab induk untuk tujuan menaraf dan melatih ahli-ahli

Kelab-kelab di luar Lembah Klang akan menerima:
•  Satu kunjungan panjang (2
hari) daripada kelab induk setiap 6 bulan untuk tujuan menaraf dan melatih ahli-ahli

Yuran Penggabungan

Kelab-kelab dalam lingkungan Lembah Klang:
RM 300 pendaftaran
RM 300 setiap 6 bulan

Kelab-kelab di luar Lembah Klang:
RM 400 pendaftaran
RM 300 setiap 6 bulan + kos kunjungan panjang (anggaran)

Ini adalah yuran yang perlu dibayar oleh pihak kelab kepada Litar Pidato Pertama. Yuran ini tidak mengira bilangan ahli namun kami menyarankan agar keahlian tidak melebih 30 orang untuk memastikan setiap ahli diberi ruang yang cukup untuk berucap pada setiap perjumpaan.

Pihak kelab akan mengutip yuran tambahan daripada ahli-ahli untuk membiayai kos sewa bilik, kudapan dll.

Catatan Penting:

* Kelab-kelab yang bergabung dengan Kelab Pidato Perdana adalah ditubuhkan secara rasmi di bawah Litar Pidato Pertama yang didaftarkan sebagai perniagaan untuk tujuan menubuhkan kelab-kelab pidato. Kami menyarankan kepada individu yang bertanggungjawab ke atas sesebuah kelab untuk mengenakan yuran melebihi perbelanjaan agar menerima ganjaran kecil atas masa dan tenaga yang dicurahkan. (Kami lebih rela kelab dikelola dengan baik dan bertanggungjawab dalam cara ini daripada dikelola dengan tidak bersungguh-sungguh hanya kerana pengelola "bekerja percuma".) Kelab-kelab ini boleh ditadbir oleh seorang sahaja dan tidak memerlukan pentadbiran oleh jawatankuasa. Namun, pengelola boleh melantik pembantu-pembantu jika diingini.

* Kami juga menyarankan kepada mereka yang berminat menubuhkan kelab baru untuk menjadi ahli kelab induk iaitu Kelab Pidato Perdana Kuala Lumpur ataupun mana-mana kelab untuk sesuatu jangka masa sebelum memulakan kelab sendiri (jika keadaan mengizinkan) agar lebih memahami cara-cara mengendalikan kelab dan kegiatan-kegiatan yang dijalankan.

Selain individu, entiti bentuk lain juga boleh mengambil rangka kegiatan Kelab Pidato Perdana dan menubuhkan kelab yang bergabung dengan KPP. Kami cuma menyumbangkan kegiatan dan tidak menetapkan corak pentadbiran kelab.

Kami mengalu-alukan pihak yang berminat menubuhkan kelab baru untuk menghubungi kami dengan segera untuk perbincangan lanjut.