mengenai kelab pidato perdana

Kelab Pidato Perdana (KPP) merupakan sebuah Pertubuhan yang diwujudkan untuk tujuan memperkasa Pengucapan Awam bahasa Melayu.

Visi KPP ialah membantu rakyat Malaysia dan warga Nusantara untuk mempertingkat kemahiran menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.

Misi KPP yang utama ialah menyediakan wadah latihan jangka panjang dalam pengucapan awam untuk ahli-ahli KPP. Setakat ini kami telah menubuhkan 25 cawangan di mana pertemuan diadakan 2 kali sebulan untuk tujuan ini.


program kami

Kelas Pengucapan Awam

Kelas 2 kali sebulan di 26 cawangan

Bengkel Intensif

Bengkel 1 hari untuk topik tertentu

Program Korporat

Untuk organisasi berdasarkan permintaan

Penarafan Pemidato

Sijil Pemidato Gred 1-8 & Pemidato Muda Gred 1-3

Program Pemidato Muda

Program untuk remaja 12-20 tahun

Train The Trainer

Sijil Certified Trainer & Certified Master Trainer

Dapatkan Info Terkini Program Kami !!

mengapa memilih kpp

Pengalaman 10 tahun (sejak 2009)

Silibus yang mantap

Jurulatih yang berwibawa

Rangkaian yang luas

Teman-teman seperjuangan


Testimonial

Sepanjang latihan di dalam kelab ini, saya dapat belajar bagaimana hendak berpidato dengan cara yang betul, mencabar diri untuk mempertingkatkan prestasi di samping berjumpa dengan ramai kawan baru yang memberi perangsang untuk terus mencuba. Kelab ini mampu meningkatkan rasa percaya diri serta kemahiran dalam pidato kepada sesiapa sahaja yang memang mencari ilmu dan memartabatkan bahasa Melayu.

Khalid – KPP Singapura

Keunikan KPP adalah ianya seumpama terapi untuk membolehkan ahli memperbaiki teknik pengucapan awam secara beransur-ansur tetapi berkesan dan berkekalan. Ini berbeza dengan kursus-kursus pengucapan awam yang lain yang menjanjikan penambahbaikan yang mendadak tetapi belum tentu berkekalan. Setelah setahun bersama KPP, saya bukan sahaja dapat memperbaiki teknik-teknik dalam pengucapan awam tetapi dapat berkenalan dengan rakan-rakan KPP yang mempunyai matlamat yang sama. Mereka ibarat kumpulan terapi saya.

Ramli – KPP Teluk Intan

Saya berasa bersyukur dapat menyertai Kelab Pidato. Tenaga pengajar yang berkemahiran utk melatih dan memberi tunjuk ajar kepada saya orang baru. Biarpun saya ahli baru namun layanan mereka berikan macam ahli keluarga yang menjadikan kita tidak segan untuk berlatih. Kelab pidato mengajar saya berucap spontan tanpa skrip.

Neng Hayati – KPP Putrajaya

Kelab Pidato Perdana adalah medium terbaik di Malaysia untuk memupuk budaya berbicara bahasa Melayu dengan tatacara yang betul. Sebagai pelajar universiti, pembudayaan bahasa Melayu ini dalam pengucapan awam amat penting kerana mampu membentuk karakter dan personaliti seseorang. Syabas KPP!

Fadzrul – KPP K. Terengganu