Terima kasih kerana sudah mendaftarkan diri ke Kelas Pengucapan Awam anjuran KPP.

Video Pengenalan

Dalam kelas yang kami anjurkan, ahli-ahli baru dan lama akan belajar bersama-sama. Perkara ini tidak mendatangkan masalah kerana kelas ini memberi tumpuan kepada latihan praktikal bukan teori. Semasa latihan praktikal, setiap ahli boleh menyampaikan ucapan pada tahap sendiri dan dilatih oleh Jurulatih mengikut kesesuaian. Topik-topik asas akan diulang dari semasa ke semasa supaya latihan praktikalnya dapat diulang juga.

Namun begitu, kami sudah menyediakan sebuah video mengenai kaedah-kaedah asas di KPP. Video ini dapat membantu ahli baru supaya lebih bersedia untuk mengikuti kelas.

Sila tonton videonya di sini:

Buku Panduan

Anda akan menerima 2 buku panduan setelah anda membayar yuran penuh. Sila dapatkan buku-buku ini daripada Pengerusi cawangan anda. Sekiranya anda belum menerimanya atau belum membuat bayaran penuh, anda boleh memuatkan turun e-book untuk rujukan sementara.

Buku Panduan Anda Bisa Berbicara

Buku Panduan Pemidato Versatil

Jadual Kelas

Tarikh-tarikh kelas akan dimaklumkan oleh Penolong Pengarah untuk Zon anda. Anda juga boleh merujuk jadual kelas sehingga hujung tahun menerusi takwim Zon.

Takwim Zon Pusat

Takwim Zon Utara

Takwim Zon Selatan

Takwim Zon Timur

Takwim Zon Borneo Utara

Mendapat faedah maksimum daripada Kelab Pidato Perdana

Terdapat banyak faedah dalam KPP tetapi tidak semuanya tersedia kepada ahli baru. Semakin lama anda meneruskan perjuangan bersama KPP, semakin banyak peluang akan dibuka kepada anda. Anda boleh merujuk infografik berikut.

Tiada yuran tambahan dikenakan untuk segala program yang disebut di bawah. Anda hanya perlu memastikan anda mengekalkan keahlian dengan memperbaharui yuran setiap 6 bulan (anda akan dimaklumkan apabila tiba masanya).