PELUANG SEBAGAI PENGENDALI PROGRAM

Remaja adalah masa depan negara. Mereka perlu membina keyakinan diri dan memperoleh kemahiran Pengucapan Awam untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Anda boleh membantu mereka mencapai cita-cita. Program ini untuk remaja berumur 12-20 tahun.

Daftarkan Diri

Pendaftaran sebagai Pengendali Program di bawah Kelab Pidato Perdana adalah terbuka kepada semua individu. Yuran pendaftaran ialah RM 500 untuk seumur hidup. Ahli-ahli Kelab Pidato Perdana boleh mendaftar secara PERCUMA.

Sila mendaftar dalam talian di https://form.jotform.me/91298394972474

Melatih Peserta

Pengendali Program akan menerima bahan-bahan berikut:
1. E-book Anda Bisa Berbicara
2. Slaid & video panduan untuk tenaga pengajar
3. Buku kerja untuk peserta

Pihak Pengendali diberi kebebasan untuk mengatur program dan mengenakan yuran.

Dapatkan Pengiktirafan

Kemuncak program ini ialah sijil pengiktirafan untuk para peserta – Pemidato Muda Gred 1, 2 dan 3. Ujian dijalankan menerusi rakaman video ucapan. Permohonan perlu dikemukakan menerusi seorang Pengendali Program.

Bayaran yang dikenakan oleh KPP ialah RM30-50 (setiap peserta) bergantung kepada Gred. Diskaun RM10 (setiap peserta) untuk permohonan berkumpulan 10 orang ke atas.

Hubungi
Idris Mohamad
011-33887446

Program Pemidato Muda