Pada bulan April 2019, Kelab Pidato Perdana telah mendaftarkan sebuah kelab di bawah Toastmasters International (Club No. 6812744). Keahlian kelab ini adalah berasingan daripada keahlian Kelab Pidato Perdana.

Matlamat kelab ini ialah memberi peluang kepada ahli-ahli Toastmasters untuk berucap dalam bahasa Melayu. Kelab ini adalah satu-satunya kelab Toastmasters yang menggunakan bahasa Melayu di Petaling Jaya.

Pertemuan diadakan pada hari Khamis yang ke-2 dan ke-4 setiap bulan di ibu pejabat Kelab Pidato Perdana beralamat 6-3, Jalan PJS 8/4, Sunway Mentari, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Sila hubungi Presiden KPP Toastmasters Club Rohijas Md Sharif @ 019-7344527 atau Naib Presiden Perhubungan Awam Victor Ong @ 016-3248122 jika berminat hadir atau mendaftar sebagai ahli.